Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Insan Tersayang

INSAN TERSAYANG
          Cuaca pada hari itu sejuk sekali. Saya mempunyai insan yang saya sayangi iaitu bapa saya yang bernama Hasan Abdat. Beliau tidak pernah membuat hati saya remuk. Beliau selalu membuat saya ketawa berdekah-dekah. Saya sangat menyayanginya lebih dari apa pun.
          Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di luar rumah saya. Saya sedang mengemas rumah apabila ternampak bapa saya sedang menghisap rokok. Saya menggetap gigi kerana sudah beberapa kali saya menyuruhnya jangan menghisap rokok tetapi beliau tidak mahu mendengar kata-kata saya kerana terlalu sibuk menonton cerita kegemarannya di televisyen. Saya pergi ke bilik lalu menghempaskan pintu dengan perasaan marah meluap-luap di hati saya. Tetapi saya menyesal berbuat begitu. Saya hendak meminta maaf tetapi saya berasa malu dan takut. Saya berasa sangat bersalah.
        Sebelum saya membuka pintu bilik, saya terdengar bapa saya terbatuk-batuk. Perasaan saya didera kebimbangan. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi seperti ada sesuatu terjatuh ke lantai dapur. Dengan perasaan takut, saya terus keluar dan berlari ke dapur. Alangkah terperanjatnya saya apabila ternampak bapa saya sedang terbaring di lantai. Air mata saya jatuh berlinangan. Saya terus menelefon ibu dan kemudian menelefon ambulans.
          Beberapa minit kemudian, ibu dan seorang pekerja hospital tiba dan mengangkat bapa saya untuk membawanya ke hospital. Setibanya di sana, bapa saya dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Setelah lama menunggu, doktor pun keluar dari bilik kecemasan tersebut lalu memberitahu bahawa bapa saya sudah meninggal dunia akibat sakit jantung. Hati saya dan ibu hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Ibu memeluk saya dan menangis tidak berlagu. Dengan perasaan hiba, kami pergi melihat insan yang tersayang buat kali terakhir.

Dikarang oleh Siti Haidah (5 ML)

3 comments:

$ITI H@ID@AH ! said...
This comment has been removed by the author.
mazal said...

sangat banyak kerja di saya boleh mati sudah

mazal said...

saya suka melayu kerana saya boleh cakap kepada orang malayu di medan

Post a Comment