Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

25 January 2011

Cerita Rakyat

Hai Murid-murid,

Kamu telah pun selesai menonton sebuah cerita rakyat berjudul 'Si Penjual Terompah'.
Tahukah kamu, orang Melayu juga kaya dengan cerita-cerita rakyat yang menarik dan menginsafkan. Cuba cari di dalam internet, cerita-cerita rakyat yang popular dan berkongsilah bersama kamu di ruang komen.

Cikgu Z

05 January 2011

Bagai Isi Dengan Kuku

A'kum murid-murid,

Pagi ini, cikgu baharu sahaja mendapat tahu murid-murid yang akan saya ajar pada tahun ini. Apakan daya, hanya sebahagian sahaja daripada murid-murid cikgu yang lalu yang akan menyertai kelas cikgu. Walaubagaimanapun, janganlah bersedih. Kita masih boleh bertemu di sekolah. hehe. Yang penting, awak fokus dalam pelajaran tidak kira mana-mana guru yang mengajar.

Kepada murid-murid yang baharu mengikuti kelas saya ini, harapan saya begitu juga...supaya awak membuat yang lebih baik daripada yang lalu. Bersamalah kita menempuh cabaran ini dengan tenang tetapi pada masa yang sama, kita masih boleh berseronok di dalam kelas. hehe!

Cikgu Z

Selamat Kembali ke Sekolah

Hai murid-murid ku,

Harap masih belum terlambat untuk cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baru. Apakah azam awak tahun ini? Cikgu pula berazam untuk menjadi guru yang lebih baik daripada tahun yang sudah. Diam tak diam, sudah setahun kita bersama. Rindu pula semasa cuti Disember yang lalu. Haha. Bagaimana awak menghabiskan masa cuti awak? Kongsilah bersama.

Haiz....masa berlalu begitu pantas sekali bukan? 2011 adalah tahun yang besar kerana awak semua akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Inilah waktu yang genting bagi awak membuat persiapan. Awak semua memiliki akal untuk berfikir. Jadi,gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan mensia-siakan lagi masa awak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tumpukan pelajaran dengan sepenuhnya supaya awak akan berasa senang di kemudian hari. Itu sahaja harapan saya.

Semoga kita dapat melayari tahun 2011 ini dengan tekun dan tabah. Senyum-senyum selalu!

Cikgu Z

04 January 2011

Muzikal

Di bawah, cikgu ada sertakan gambar-gambar rakan-rakan awak yang telah menjayakan muzikal "Our Shining Stars". Sungguh terharu dan membanggakan melihat persembahan mereka. Terbukti, mamang rakan-rakan awak ini mempunyai bakat-bakat yang terpendam. Syabas!

Tidak lupa juga kepada para pelajar yang telah lulus peperiksaan mereka dengan cemerlang. Khususnya, daripada kelas ini, Farhana dan Amirul. Teruskan dengan usaha yang baik ini!