Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Karangan Farhanah

Cuaca pada hari itu sungguh cerah. Sang bayu sedang menghelakan nafasnya yang panjang itu. Burung-burung berkicauan di langit yang biru. Tiba-tiba, aku terbangun daripada suatu mimpi buruk. Tergesa-gesa, aku memanggil ibuku, "Ibu! Ibu! Di mana ibu berada?" Beberapa saat kemudian, pintu bilik ku terbuka besar. Ibu dengan segera berlari ke arah ku. Aku mula menceritakan kepada ibu tentang mimpi buruk itu. Dengan segera, ibu menyuruh aku bersiap-siap untuk menziarahi nenekku yang sakit demam panas.

Empat puluh minit kemudian, setelah bersiap-siap kami pun beredar dan cuba menahan teksi. Akhirnya, dapat juga teksi yang ditunggu-tunggu. Ibu mengarah pemandu itu ke Hospital Tan Tock Seng. Setibanya di sana, kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu itu yang telah menghantar ke destinasi kami dengan selamat. Kami terus menuju ke arah sebuah lif yang letaknya berdekatan dengan sebuah kedai makan. Tiba-tiba, mataku terpaku kepada sebuah kedai buah-buahan. Aku bercadang untuk membeli sebakul buah-buahan untuk nenek. Aku mula berkata, "Ibu,ibu, boleh tak kita singgah ke kedai buah itu sebentar?" Ibu menjawab, "Boleh. Tetapi cepat sedikit." Aku pun bersetuju dan mula memilih buah-buahan tersebut. Beberapa minit kemudian, aku beratur untuk membayar buah pilihanku. Kemudian, kami segera menaiki lif ke wad nenek. Apabila tiba di sana, aku terkejut. Tiba-tiba, air mata mengalir di pipiku. Kesayuan menimpa hatiku. Aku memasuki wad tersebut dan meletakkan bakul tersebut di sebuah meja dan mencium tangan nenek. Aku dapat merasakan ia seakan-akan sebuah mimpi buruk yang pernah ku alami dahulu. Bezanya, mimpi burukku kini telah menjadi suatu kenyataan. Aku menangis terisak-isak kerana tidak sampai hati untuk menghadapi situasi tersebut.

Setelah beberapa hari, nenekku telah dikebumikan. Wajah ku asyik kelihatan pucat dan selalu sahaja termenung. Aku masih teringat akan kenangan manis kami berdua. Tiba-tiba, ibu merjalan ke arah ku dan memeluk tubuhku seperti dia memeluk ibunya sendiri. Kami berdua menangis tidak henti-henti. Ibu memujukku dan berkata Allah S.W.T lebih menyayangi nenek dan biarkanlah orang yang sudah pergi itu pergi. Kami percaya bahawa orang itu selalu dekat di hati kami.

Semenjak peristiwa pahit itu, kenangan manis ku tidak akan ku lupakan dan aku hanya berdoa supaya nenek ku selamat di alam yang lain itu.


Dikarang oleh Farhanah (5 ML)

1 comment:

Post a Comment