Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

26 July 2011

Dwi Minggu Bahasa

Hai Murid-murid....

Kita baharu sahaja selesai menjalankan aktiviti-aktiviti sempena DwiMinggu Bahasa. Banyak acara-acara yang telah diadakan untuk menarik minat murid-murid dalam memperkayakan lagi ilmu tentang bahasa dan budaya ibunda kita. Cikgu harap awak semua berasa senang dan terhibur dengan apa yang disediakan kepada kamu. Ada beberapa murid juga yang telah berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Secara keseluruhannya saya memang amat bangga dengan usaha-usaha yang telah diberikan oleh awak semua. Apabila melihat awak semua membuat persedian, ramai juga kawan-kawan awak yang telah membantu awak untuk membuat yang terbaik. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah bukan sahaja kepada para peserta, tetapi awak semua. Tanpa murid-murid aktiviti-aktiviti ini tidak akan berjaya berjalan denganl ancar. Terima Kasih.

Di dalam ruang komen, berikan pandangan kamu tentang Dwi Minggu Bahasa dan apakah kelainan-kelainan yang kamu inginkan.

24 May 2011

Mayat ditemui dalam tangki air blok flat






KETENANGAN di sekitar Blok 686B, Woodlands Drive 73, bertukar menjadi kelam- kabut apabila mayat seorang wanita ditemui di blok itu pagi semalam.


Namun apa yang lebih membimbangkan penduduk di blok itu ialah mayat wanita itu ditemui dalam sebuah tangki air yang membekalkan air kepada para penduduk flat dari tingkat empat hingga 15 blok tersebut.


Tangki air berbentuk bulat yang terletak di bumbung blok itu dianggarkan berukuran garis pusat 1.5 meter dan dipercayai terdapat sedikit kesan darah di dalamnya.
Menurut polis, pihaknya menerima panggilan sekitar 10 pagi semalam mengenai penemuan mayat wanita berusia 30 tahun itu.

Wanita itu dipercayai seorang warga Indonesia, berusia 30 tahun, dan bekerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga yang tinggal di tingkat enam blok itu.
Ketika mayatnya ditemui, wanita yang berambut panjang itu memakai kemeja-T serta berseluar bermuda.


Pegawai paramedik mengesahkan kematian wanita itu sekitar 1 petang, semalam.
Seorang lelaki warga Bangladesh, berusia 27 tahun, telah pun ditangkap berkaitan kes itu.
Dia dipercayai diberkas di blok tempat kejadian itu berlaku.
Wanita Indonesia itu dipercayai merupakan temanita lelaki Bangladesh yang ditangkap itu.
Menurut seorang penduduk kawasan itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Malik, 42 tahun, beliau melihat polis menggiring seorang lelaki, yang memakai kemeja-T berkolar warna hijau dan berseluar jeans biru, di sekitar kawasan Blok 686B, Woodlands Drive 73 itu tengah hari semalam.


'Daripada apa yang saya lihat, lelaki yang digari itu cedera di kaki kirinya,' ujarnya.
Akibat kejadian itu, bekalan air ke flat dari tingkat empat hingga tingkat 15 di blok itu turut terjejas sejak 11 pagi.


Majlis Bandaran Sembawang telah memberitahu penduduk tentang bekalan air terputus menerusi notis yang diletakkan di kawasan lif dan juga dengan mengedarkannya ke setiap flat.
Tangki air tempat mayat itu dijumpai telah dikosongkan dan dibersihkan petang semalam.
Namun, sehingga 9.30 malam tadi, bekalan air masih terputus.


Menurut Majlis Bandaran Sembawang, ini kerana pihaknya perlu memastikan tangki air itu benar-benar bersih sebelum air dapat dibekalkan semula.

Sekitar 5 petang semalam, sebuah lori agensi air negara, PUB, turut dilihat membawa bekalan air dalam beg-beg plastik untuk diagihkan kepada para penduduk di blok itu.
Seorang wanita yang tinggal di blok itu, yang tidak mahu memberikan namanya, berkata beliau telah menggunakan air daripada paip rumahnya untuk memasak sekitar 8 pagi semalam.
'Saya sudah pun makan makanan yang dimasak menggunakan air dari paip. Saya tidak pasti jika air itu telah dicemari akibat kejadian yang berlaku.


'Saya risau jika ada sebarang kesan sampingan akibat minum air dari paip,' ujarnya, yang seperti penduduk lain, terpaksa mengambil air daripada paip di kolong blok.
Sepasang suami isteri yang tinggal di tingkat lima blok itu berkata, walaupun mereka menerima bekalan air, mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.


'Apabila saya cuba buka paip sebentar tadi, ada air yang mengalir. Tapi saya tidak berani gunakan air itu. Siapa tahu jika air itu sudah dicemari atau tidak,' ujarnya.
Tambah mereka, mereka lebih risaukan tentang ketiadaan bekalan air daripada kejadian pembunuhan yang berlaku itu.


'Sejauh ini, kawasan ini tenang dan aman. Yang lebih kami risaukan adalah kesan akibat minum air yang mungkin telah dicemari,' ujar seorang daripada mereka.



* Murid-murid, tuliskan pandangan anda mengenai laporan di atas.
Salam sejahtera murid-murid ku......

Diam tak diam, masa berlalu begitu pantas sekali. Dah...masuk minggu terakhir. Ujian SA1 pun baru juga berlalu. Alhamdulillah, awak semua lulus dengan cemerlang. Namun, awak harus ingat. Jangan terlalu yakin dan meninggi diri sebab ujian itu cuma dipermudahkan sekadar ingin merangsang awak untuk buat dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. Jadi, teruskan berusaha dalam memperbaiki subjek melayu dan yang pasti subjek subjek lain juga. Syabas!

Di dalam ruang komen tersebut tuliskan jika awak telah mencapai matlamat awak atau tidak dan bagaimana awak ingin memperbaiki lagi pelajaran tersebut.

Cikgu Z

26 April 2011

Bayi Terkubur Hidup-hidup Hebohkan Singapura








Seorang bayi baru lahir yang dikubur hidup-hidup menghebohkan penduduk di blok Eunos Crescent, Singapura. Awalnya, Tay Kim, seorang pesara 60 tahun, sayup-sayup mendengar tangisan mirip suara kucing. Penasaran ia pun langsung mencari sumber suara tersebut.



Suara tangisan ternyata berasal dari dalam tanah, di sebuah taman di blok 31A. Curiga ia pun menggali tanah tersebut. Di dalam lubang yang tidak dalam itu seorang bayi lelaki yang baru lahir berlumur lumpur. Yang menyedihkan lagi, lehernya dililit tali dari kantong plastik sampah. Selain mulutnya penuh lumpur dan daun-daun kering, tali pusat bayi malang itu juga masih utuh. Seperti dilaporkan bayi tersebut langsung dibawa ke rumah sakit. Kondisinya sekarang dilaporkan stabil. Kes ini masih diselidiki polis.









Setelah membaca keratan di atas, apakah pendapat kamu mengenai kejadian ini? Berkongsilah perasaan kamu mengenai remaja zaman sekarang dan bagaimana kita boleh mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegini daripada berleluasa di kalangan masyarakat kita. Tuliskan sekurang kurangnya dua perenggan.






Salam manis,



Cikgu Z

12 April 2011

International Friendship Day







Hai murid-murid, Saya sungguh bangga dan terharu dengan jawapan-jawapan awak semua mengenai cara-cara bantuan yang boleh awak hulurkan kepada negara Jepun. Saya harap apa yang dikatakan awak semua itu janganlah seperti menanam tebu di tepi bibir. Dan ingat, tidak semestinya bentuk bantuan itu berupa wang ya! hehe. Hari Jumaat yang lalu pula, awak semua telah berkesempatan menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa. Mengapa awak rasa ia penting bagi kita meraikan hari tersebut? Kemudian luahkan pendapat/perasaan awak mengenai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di dewan? Apakah yang paling awak suka ataupun tidak suka mengenainya? Salam sayang, Cikgu Z

29 March 2011

Tsunami Melanda Jepun


Klik dan tonton video klip di bawah ini








11.3.2011 Pada pukul 2.46 petang waktu Singapura, negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami. Malapetaka ini adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Gempa juga turut berlaku di dalam beberapa buah kawasan. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Sama-sama kita doakan mereka sentiasa dalam keadaan baik. Di bawah merupakan gambar-gambar akibat bencana besar ini:






















Mungkin bencana-bencana seperti ini merupakan peringatan daripada Tuhan supaya kembali ke jalan yang benar. Tsunami ini juga membuktikan bahawa walau sekaya mana seseorang ataupun sesebuah negara tersebut, Tuhan boleh menarik nikmatnya dalam hanya sekelip mata jika Dia mahu.Wallahualam.


Kini, mereka terpaksa mengharungi krisis nuklear dan bahayanya radiasi terhadap rakyat mereka.








Apakah pandangan awak mengenai peristiwa ini? Sebagai rakyat singapura, bagaimanakah kita boleh menghulurkan bantuan kepada mereka? Isikan dalam ruang komen.

10 March 2011

Berakhirnya Penggal Pertama


Salam sejahtera murid-murid,

Sudah lama kita tidak berkongsi cerita-cerita awak semua. Sebelum itu, cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada murid murid yang telah berjaya di dalam peperiksaan CA awak minggu lalu. Terutama sekali kepada Syafiqah dan Sarah yang telah meraih A*. Yang lain, yang masih belum mencapai bintang-bintang awak itu, saya harap awak akan lebih tekun belajar dan gigih berusaha bukan untuk membanggakan saya sahaja tetapi diri awak juga. Saya yakin, jika ada kemahuan awak boleh melakukannya. OK! Fighting!

Penggal pertama pun akan berakhir, jadi berkongsilah dengan rakan-rakan awak apa yang telah berlaku sepanjang penggal ini dan apa yang awak akan lakukan di penggal yang baru nanti. Awak juga, boleh memberikan maklum balas (feedback) mengenai pengajaran cikgu, jika ada yang tak senang dengan cikgu, luahkan di ruang komen. Cikgu pun bukan malaikat, saya buat kesilapan juga. hehe!

OKlah, sampai di sini sahaja. Enjoy your holidays!

Salam sayang,
Cikgu Z


25 January 2011

Cerita Rakyat

Hai Murid-murid,

Kamu telah pun selesai menonton sebuah cerita rakyat berjudul 'Si Penjual Terompah'.
Tahukah kamu, orang Melayu juga kaya dengan cerita-cerita rakyat yang menarik dan menginsafkan. Cuba cari di dalam internet, cerita-cerita rakyat yang popular dan berkongsilah bersama kamu di ruang komen.

Cikgu Z

05 January 2011

Bagai Isi Dengan Kuku

A'kum murid-murid,

Pagi ini, cikgu baharu sahaja mendapat tahu murid-murid yang akan saya ajar pada tahun ini. Apakan daya, hanya sebahagian sahaja daripada murid-murid cikgu yang lalu yang akan menyertai kelas cikgu. Walaubagaimanapun, janganlah bersedih. Kita masih boleh bertemu di sekolah. hehe. Yang penting, awak fokus dalam pelajaran tidak kira mana-mana guru yang mengajar.

Kepada murid-murid yang baharu mengikuti kelas saya ini, harapan saya begitu juga...supaya awak membuat yang lebih baik daripada yang lalu. Bersamalah kita menempuh cabaran ini dengan tenang tetapi pada masa yang sama, kita masih boleh berseronok di dalam kelas. hehe!

Cikgu Z

Selamat Kembali ke Sekolah

Hai murid-murid ku,

Harap masih belum terlambat untuk cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baru. Apakah azam awak tahun ini? Cikgu pula berazam untuk menjadi guru yang lebih baik daripada tahun yang sudah. Diam tak diam, sudah setahun kita bersama. Rindu pula semasa cuti Disember yang lalu. Haha. Bagaimana awak menghabiskan masa cuti awak? Kongsilah bersama.

Haiz....masa berlalu begitu pantas sekali bukan? 2011 adalah tahun yang besar kerana awak semua akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Inilah waktu yang genting bagi awak membuat persiapan. Awak semua memiliki akal untuk berfikir. Jadi,gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan mensia-siakan lagi masa awak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tumpukan pelajaran dengan sepenuhnya supaya awak akan berasa senang di kemudian hari. Itu sahaja harapan saya.

Semoga kita dapat melayari tahun 2011 ini dengan tekun dan tabah. Senyum-senyum selalu!

Cikgu Z

04 January 2011

Muzikal

Di bawah, cikgu ada sertakan gambar-gambar rakan-rakan awak yang telah menjayakan muzikal "Our Shining Stars". Sungguh terharu dan membanggakan melihat persembahan mereka. Terbukti, mamang rakan-rakan awak ini mempunyai bakat-bakat yang terpendam. Syabas!

Tidak lupa juga kepada para pelajar yang telah lulus peperiksaan mereka dengan cemerlang. Khususnya, daripada kelas ini, Farhana dan Amirul. Teruskan dengan usaha yang baik ini!