Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

05 October 2010

Hari Kanak-kanak


Hai murid-murid,

Pada hari Khamis yang lalu, kamu semua telah menyambut Hari Kanak-kanak. Pada sebelah pagi, awak semua dikehendaki membuat vertical challenge. Seronok pula rasanya melihat awak semua berlari dan berebut untuk mendapat tempat 20 teratas. Tahniah kepada yang berjaya dan juga kepada yang telah berjaya menamatkan cabaran itu. Awak juga harus bangga dengan pencapaian awak itu ok!

Bahagian kedua pula, guru-guru awak telah bertungkus lumus menunjukkan bakat mereka dalam persembahan yang saya rasa paling gerek yang pernah saya lihat. Dahulu pun, guru-guru saya tidak pernah menari dan menyanyi seperti guru-guru awak. hehe!

Untuk tugasan ini, kongsilah bersama kita semua acara apakah yang paling awak suka dan mengapa?



Salam sejahtera murid-murid,

Maaf, hari ini cikgu tidak dapat hadir. Tentu ada yang seronok kan? haha! Esok bermulanya peperiksaan lisan awak. Jika saya masih tidak ke sekolah esok, kalau boleh, saya betul-betul mahu awak buat ujian ini dengan baik. Sebab inilah peluang untuk awak 'score' dalam bahasa melayu. Oleh itu, jangan mensia-siakan peluang ini. Ok, Dhiyaa? Aidil? Mazal? Hannah? Awak ni semua paling banyak berbual. Jadi buktikan kepada saya awak pun boleh buat. Ingat semua, gunakan bahasa melayu baku pada setiap bahagian dan setiap situasi berikan pendapat kamu. Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.


Saya juga ada sertakan gambar-gambar yang awak nanti-nantikan itu.

Senyum senyum selalu,
Cikgu Z

20 September 2010

Beraya Di Rumah Cikgu

Hai murid-murid,

Di bawah, saya telah sertakan gambar bagi mereka yang telah sudi datang beraya di rumah cikgu. Kecoh rumah saya dibuatnya tetapi tetap gerek! Hehe. Minta maaf jika ada apa-apa yang kurang dan ada yang tidak terlayan. Insya allah, jika ada di lain kesempatan, tahun hadapan cikgu jemput kamu sekali lagi!




Salam sayang,
Cikgu Z

14 September 2010

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum Murid-murid ku,

Di kesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada awak semua. Cikgu tahu cikgu banyak marah-marah awak semua. Tetapi awak harus ingat, cikgu marah bukan kerana cikgu benci..sebab Cikgu sayang awak semua. Cikgu hanya mahu awak maju dalam pelajaran dan menunjukkan akhlak yang mulia. Harap, awak semua maafkan saya.

Cikgu juga ingin menjemput awak semua datang ke rumah pada hari jumaat ini jika awak semua sudi. Alamat akan diberikan pada hari Khamis nanti. InsyaAllah.

Jadi, bagaimana dengan sambutan Hari Raya awak semua. Pasti seronok kan dapat duit raya. Saya pula bersedih kerana sudah tidak mendapat duit raya lagi. Al-maklumlah dah bekerja, terpaksalah memberi pula.

Di dalam blog awak itu, cuba selitkan video lagu raya kegemaran awak dan nyatakan sebabnya. Lagu raya cikgu semua yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza dan Sudirman.

Salam manis,
Cikgu Z

31 August 2010

Pencapaian CA2

Wahai murid-murid sekalian,

Ujian CA2 awak baru berlalu. Awak semua telah pun mendapat markah masing-masing. Sebahagian besar daripada awak semua telah meraih markah yang baik dan membanggakan saya. Oleh itu, tahniah kepada awak semua yang telah berjaya.

Untuk topik kali ini, dalam masa seminggu lagi, kita akan menyambut hari raya aidilfitri. cuba nyatakan apa erti hari raya kepada awak semua. Apakah pengalaman pahit atau manis semasa hari raya.

22 July 2010

Sambutan Hari Keharmonian Kaum




TANGGAL 21 Julai memang istimewa buat para pelajar sekolah Singapura. Pada hari itu mereka digalakkan berpakaian etnik kaum lain. Pelajar Melayu akan berpakaian tradisional Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India.

Hari istimewa ini merupakan Hari Keharmonian Kaum (Racial Harmony Day). Sambutan besar-besaran akan dianjurkan di setiap sekolah demi memperingati dan menghargai betapa pentingnya memupuk dan mengekalkan keharmonian antara kaum di kalangan rakyat.

Tarikh 21 Julai dipilih kerana pada 21 Julai 1964 tercetus rusuhan kaum yang me ngerikan, yang menggugat keamanan negara Singapura.

Pada program yang dinamakan Kampung Olympics, para pelajar diperkenalkan kepada pelbagai permainan tradisional pelbagai kaum. Seronok bermain lereng?

Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan mengukuhkan keharmonian kaum di sekolah-sekolah dan memperkenalkan budaya melalui permainan tradisional kaum masing-masing.

20 July 2010

Pertunjukan NE




Saya pasti awak semua terhibur dengan pertunjukan tersebut lebih-lebih lagi dengan bunga apinya walaupun tidak berapa jelas, debaran tetap dirasai. Rasa tersentuh juga sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan Singapura beramai-ramai. Saya harap awak pelajari sesuatu daripada pertunjukan ini.

15 July 2010

Adakah aku bangga sebagai rakyat Singapura?

Salam sejahtera murid-murid,

Esok, pada 17 Julai ini, awak semua akan ke Pertunjukan NE di Padang. Di sana, kita akan menyaksikan lautan manusia berbaju merah dan putih melambangkan warna bendera Singapura. Saya juga telah mendapat peluang ini untuk bersama awak semua. Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan sendiri kemeriahan dan pelbagai pertunjukan yang akan dipersembahkan. Bagaimana pula dengan perasaan awak?

Sebagai rakyat Singapura, adakah awak berasa bangga? Berkongsilah dengan rakan-rakan tentang perkara-perkara yang awak suka atau tidak suka mengenai Singapura dan terangkan sebabnya.

Cikgu Z

06 July 2010

Cerita Rakyat (Folklore)

Wahai murid-murid ku sekalian,

Pada entri yang lalu, kamu telah menyaksikan sedutan animasi daripada cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tahukah kamu bahawa Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama yang terkenal di kalangan masyarakat melayu kita?

Ia mengisahkan tentang Bawang Putih yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah". Namun akhirnya Bawang Putih berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.

Bagi tugasan kali ini pula, cuba berikan cerita-cerita rakyat yang lain yang pernah kamu dengar atau baca. Kemudian,tuliskan pandangan awak mengenai cerita tersebut. Jika awak tidak tahu apa itu cerita rakyat, awak boleh pergi ke lelaman wiki
atau google untuk maklumat lebih lanjut.

Cg Z

30 June 2010

Bawang Putih Bawang Merah




Arahan: Dengan menggunakan tidak kurang daripada 50 patah perkataan, berikan pendapat kamu selepas menonton cerita ini. Kamu boleh mulakan dengan frasa berikut:

Selepas menonton video ini, saya berpendapat bahawa ...
(Bagi soalan ini kamu boleh nyatakan perasaan kamu, adakah cerita ini menarik, watak mana yang kamu suka atau tidak suka,apakah pengajaran yang terkandung dalam cerita ini dan lain-lain lagi)

Cintailah Bahasa Ibunda

A'kum murid-murid....

Setelah membaca komen-komen kamu sekalian, saya berasa bangga kerana minat kamu terhadap Bahasa Melayu dan juga sedar betapa pentingnya bahasa tersebut. Orang melayu harus berbahasa melayu kerana kita adalah waris bahasa itu sendiri.

Pihak pemerintah singapura sendiri bimbang akan pupusnya bahasa melayu. Dengan itu,mereka telah memperkenalkan pelbagai usaha demi memastikan yang bahasa melayu tetap kekal. Sebagai contoh,pihak kerajaan telah memperkenalkan bahasa melayu sebagai bahasa ketiga supaya pelajar-pelajar bahasa lain dapat mempelajari bahasa melayu di sekolah-sekolah. Oleh itu, rakan awak seperti Hannah dan Mazal harus berbangga kerana mendapat peluang belajar bertutur dan mendalami budaya kita.

Awak lihat sekarang, kebanyakan pemandu teksi yang bukan melayu pun pandai berbahasa melayu. Jika mereka sanggup belajar bercakap melayu takkan lah kita sanggup mengabaikan bahasa ibunda kita sendiri? Buat malu sahaja.....

Saya cuma berharap, awak akan sentiasa mencintai bahasa melayu dan jangan sesekali malu menggunakannya.

28 June 2010

Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa.....

Salam sejahtera murid-murid ku,

Tidak lama lagi, Bulan Bahasa akan bermula. Seperti yang diketahui, Bulan Bahasa ini diadakan untuk menggalakkan masyarakat Melayu bagi meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu dan menikmati betapa indahnya bahasa ibunda kita.

Sempena Bulan Bahasa 2010, sekolah kita juga tidak akan ketinggalan. Pelbagai kegiatan yang menarik telah disediakan oleh guru-guru jabatan melayu untuk para pelajar. Nantikan sahaja ok! Cikgu juga telah melantik Fiza sebagai salah satu Duta Bahasa Melayu. Oleh itu, awak memainkan peranan penting bagi menggalakkan kawan-kawan sekeliling awak mencintai bahasa melayu. Hehehe.


Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

align="left">
Cikgu Z
Di ruang komen pula, setelah berbincang dengan rakan awak, cuba nyatakan.......
1. Adakah awak suka atau tidak suka dengan Bahasa Melayu? Mengapa?
2. Adakah awak selalu bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika tidak, adakah awak malu bertutur dalam Bahasa Melayu?
3. Pada pendapat awak, mengapa Bahasa Melayu itu penting?

Penggal 3

Salam murid-murid,

Selamat kembali ke sekolah. Sudah puas awak berehat? Masa berlalu begitu cepat bukan? Saya rasa cuti saya begitu pendek sekali. Saya hanya sempat bercuti ke Bintan sahaja. Sebab itu kalau awak lihat kulit saya sudah gelap sedikit gara-gara berjemur di panas terlalu lama. Hahaha. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan ialah saat menyaksikan tahi bintang atau lebih dikenali sebagai "Shooting Star" buat kali pertama. Kejadian itu sungguh indah dah menakjubkan membuatkan saya menjerit kerana terlalu gembira. Di sana juga, saya dan rakan-rakan mencuba pelbagai aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Singapura. Secara keseluruhannya memang serononk lah! Syiok sekali! Jika ada peluang, saya tidak akan teragak-agak untuk kembali ke sana lagi.

Sekarang pula demam piala dunia sedang berlangsung. Saya pun tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menonton pasukan bola kegemaran saya, iaitu Argentina dan Spain. Hehehe. Jangan main-main, cikgu pun minat bola tau!

Bagaimana dengan awak pula?

Cikgu harap,penggal baru ini memberikan awak semangat yang baru untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

Salam manis,
Cikgu Z

02 June 2010

Hello murid-murid ku,

Sudah puas berseronok semasa perkhemahan awak? Tentu ada kejadian yang melucukan, menyedihkan atau menakutkan bukan? Ceritalah. Cikgu pun ingin tahu juga. Farhanah pula, bagus keadaan di Australia? Saya teringin juga ingin ke sana tetapi belum ada peluang lagi. InsyaAllah. Cikgu harap, pengalaman-pengalaman awak ini dapat dijadikan pengajaran tentang pentingnya sahabat, kehidupan dan sebagainya.

Di kesempatan ini, sekali lagi cg ingin mengucapkan selamat bercuti. Mingggu hadapan cikgu akan berangkat ke Bintan. Awak pula tidak pergi ke mana-mana? Seronok-seronok juga tau! tetapi jangan lupa membuat tugasan lead.com dan jurnal anda di blog ini.

Salam manis,
Cikgu Z

25 May 2010

Sentosa Syiok!




A'kum murid-murid,

Saya pasti awak semua ternanti-nanti gambar yang dipetik semasa Learning Journey ke Sentosa bukan? Terutama sekali Aidil...hehe. Lihatlah sepuas-puasnya. Saya harap banyak perkara yang telah awak pelajari semasa di sana. Walaupun dengan cuaca yang panas terik dan peluh yang tidak henti-henti, keseronokannya tetap dirasai. Berkongsilah pengalaman kamu dan berikan satu perkara yang kamu suka atau tidak suka tentang Learning Journey ke Sentosa.
Salam sejahtera murid-murid,


Peperiksaan baru berakhir dan di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan syabas kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan cepat putus asa. Gunakanlah cuti penggal ini untuk mengulangkaji. Jangan asyik ingat nak enjoy je k!

Pada jurnal kali ini, cikgu ingin kamu tuliskan perasaan kamu mengenai keputusan peperiksaan dan bagaimanakah kamu ingin mempertingkatkan lagi dalam mata pelajaran tersebut. Cuba gunakan bahasa yang baik dalam entri awak ini.

24 March 2010

Jom Berpuisi

Salam sejahtera murid-murid sekalian,

Seperti mana yang telah dibincangkan bersama, kita akan mengadakan pembentangan puisi melayu pada hari Rabu hadapan. Murid-murid dikehendaki memilih hanya SATU sahaja jenis puisi (sajak, syair atau pantun) untuk dipersembahkan secara bersendirian ataupun berkumpulan. Tidak perlu berpandukan buku teks sahaja. Gunakan bahan-bahan lain seperti internet, suratkhabar, majalah dan sebagainya. Kreatif dan style mesti ada k! Pemenang akan dipilih melalui undian. Buat persediaan betul-betul ya. Saya tahu semua ada bakat terpendam. Jangan simpan sahaja. Hehe.

Berikut, saya letakkan beberapa video sebagai rujukan.



http://emedia.edumall.sg/cos/o.x?c=/emedia/eaudio&uid=141&ptid=581&func=prop2&id=6531

22 March 2010

Mari Bersyair

Ini dia rakan-rakan awak yang telah menunjukkan bakat mereka melagukan syair. Pada pendapat awak, siapakah di antara mereka yang memiliki SUARA EMAS?? Sebenarnya kalau ikutkan hati cikgu....semua FAIL! Hahaha! Lagunya semua lari seh...ada yang masih malu-malu kucing pula. Tetapi tidak mengapa, suatu percubaan yang berani. Jika ada kesempatan, kita akan adakan suatu pertandingan bersyair: Lelaki vs Perempuan. Amacamz?! heeee. Ada hadiah menanti anda.....

Jurnal: Cuti Sekolah Bulan Mac

Hai murid-murid yang tersayang, bagaimana dengan cuti awak semua? Saya dengar ada yang pergi ke luar negeri untuk bercuti. Mesti seronok bukan? Yang lain, saya pasti awak semua sibuk dan rajin menyelesaikan kerja sekolah. hehehehe. Walaupun cutinya singkat, cikgu telah berkesempatan bermalam/tenting bersama kawan-kawan saya di Pasir Ris Park. Brrrrr...seronok sekali dapat melakukan berbagai aktiviti seperti berbasikal, memancing ikan, berkaraoke, menonton wayang dan barbekiu beramai-ramai tetapi ada suatu masa tu,keadaan menjadi kecoh apabila hujan turun selebat-lebatnya sedang kita sibuk berbabekiu. Waaah, kelam-kabut semua lari mencari tempat teduh. Habis semua makanan basah. Tetapi itu semua tidak menghalang kami untuk berseronok. Cuti awak pula bagaimana? Ceritakanlah pengalaman kamu melalui ruang comment.

Pssst....Saya harap awak semua telah berehat sepuas-puasnya kerana penggal 2 ini akan menyediakan awak untuk peperiksaan SA2.

Insan Tersayang

Pada minggu ke 5, murid-murid telah mengarang sebuah cerita mengenai Insan Tersayang. Sebagai aktiviti pra-menulis, mereka telah menonton sedutan dari filem Papadom yang mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang terlalu sayangkan anak perempuannya, sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak hidup berjauhan dari anak kesayangannya itu. Di akhir pengajaran, guru juga sempat berkongsi sebuah video mengenai insan yang beliau sayang.




Beberapa buah karangan telah terpilih dan dikumpulkan dalam ruangan Pena Emas untuk murid baca dan berikan komen.

21 March 2010

Berlalunya Penggal 1, Bermulanya Penggal 2

Setelah 10 minggu, kita akhirkan penggal 1 ini dengan kesyukuran. Cikgu berharap semua pelajar cikgu telah beroleh banyak ilmu dan pengalaman dalam pembelajaran bahasa Melayu di ECPS. Keputusan ujian diagnostik juga telah kamu terima. Dengan itu, Cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada beberapa orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan sejauh ini: Farhana, Fiza, Hammi dan Syafiee kerana memperolehi Gred A. Tidak lupa juga kepada Hannah. Walaupun tidak beberapa fasih dalam bahasa Melayu, tetapi dengan usaha yang gigih, Alhamdulillah kamu lulus. Tahniah dan teruskan dengan usaha ini. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. Berikan tumpuan dan fokus yang lebih. Masih ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan kamu. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Jangan banyak main-main k!


Sehingga kita bertemu lagi di lain masa dalam ruang siber ini.

Salam sayang, Cikgu Z :))