Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Orang Yang Jujur

Orang Yang Jujur
          Cuaca pada hari itu cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Burung-burung riang berkicauan dan berterbangan di langit biru. Suasana di Terminal Penerbangan berbeza sekali. Terdapat ramai orang yang ingin bercuti. Begitu juga dengan seorang lelaki yang bernama Phantom dan bapanya bernama Kia. Phantom baru lulus peperiksaannya dengan cemerlang. Bapanya memberinya hadiah dengan membawanya melancong ke Tokyo.
          Sedang bapanya menyuruh Phantom untuk duduk di kerusi sementara dia mengurus bagasi, tiba-tiba Phantom ternampak tiket penumpang. Dia terus memanggil bapanya. Apabila bapanya mendekati Phantom, dia terus bertanya, “Phantom! Adakah kamu mencuri tiket penerbangan penumpang?” “Tidak bapa, saya jumpa dia atas kerusi ini.” Jawab Phantom.
          Mereka terus ke kaunter penerangan untuk membuat laporan dan memulangkan tiket itu. Mereka memberi keterangan di mana tiket itu dijumpai. Sejurus kemudian, pegawai itu membuat pengumuman di pembesar suara. Kedengaran, “Faizal Bin Abdul Khalid, sila datang ke kaunter penerangan segera. Tujuh minit kemudian, seorang lelaki menghampiri mereka. Dia mengenalkan dirinya dan menunjukkan passport bahawa beliaulah orangnya.
          Pegawai itu membuat pengesahan dan memulangkan tiket penerbangan itu kepada lelaki tersebut. Lelaki yang bernama Faizal itu mengucapkan terima kasih kepada Phantom dan bapanya. Oleh itu, jadilah orang yang jujur dan suka menolong orang yang memerlukan.


Dikarang oleh Adi Haikal (5 ML)

5 comments:

Anonymous said...

BAGUS JUGA!TAPI HAIDAH PUNYA LAGI BAGUS!

Aidil said...

TIDAK BAGUS!TAPI HAIKAL PUNYA LAGI BAGUS!

Anonymous said...

BAGUS tapi hammi lagi bagus macam haikal juga

sexystar said...

DUA-DUA PUN BAGUS SEH!!!!!!

shahidah said...

TIDAK PAYAH KECOH LAHH APE LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment