1.
Pada Sabtu yang lalu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Burung-burung pula riang berkicauan dan berterbangan di langit yang biru. Haikal dan Arif sedang bermain sepatu roda. Mereka sungguh gembira dan berasa seronok dapat bermain sepatu roda bersama.
"Aiyo!" teriak Haikal kerana ada seorang pemuda berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah melanggarnya secara tidak sengaja. Beberapa minit selepas kejadian itu, Haikal mahu menelefon ibunya. Alangkah terperanjatnya Haikal apabila mendapati telefon bimbitnya hilang. Arif pula berpendapat mungkin pemuda Cina yang melanggar Haikal tadi telah mencuri telefon bimbitnya.
Haikal dan Arif mengambil keputusan untuk mencari dan mengejar pencuri itu sehingga berjaya. Haikal berasa sangat sedih dan kecewa dengan dirinya kerana tidak menjaga telefon bimbitnya dengan betul.
Haikal terpaksa menggunakan telefon bimbit Arif untuk menelefon ibu dan bapanya. Dia menceritakan apa yang berlaku semasa sedang bermain sepatu roda. Setelah itu, Haikal dan Arif pun mengambil keputusan untuk sambung mencari telefon bimbit yang telah hilang itu.
Beberapa minit kemudian, ibu dan bapa Haikal tiba dan turut menolong mereka mencari telefon bimbitnya. Ibu Haikal berasa kasihan apabila melihat anak kesayangannya mengangis.Ibu serta bapanya tidak ada pilihan lain, selain melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Sepuluh minit kemudian, mereka tiba di balai dan membuat laporan tentang telefon bimbit Haikal yang hilang itu.
Pada keesokan harinya, polis telah berjaya menangkap pencuri yang berbangsa Cina itu. Haikal berasa sangat gembira kerana dapat menemui telefon bimbitnya semula. Lebih-lebih lagi, telefon itu adalah pemberian ibunya dan berharga lima puluh dolar. Pencuri itu pula telah dimasukkan ke dalam penjara selama lima tahun. Sejak peristiwa itu, Haikal lebih berhati-hati dan menjaga telefon bimbitnya dengan cermat.
Dikarang oleh Aidil (5SF)
2.
Sang matahari menyimbahkan panasnya ke bumi. Cuaca pada hari itu sangat sesuai untuk keluar bermain. Imran tidak tergesa-gesa menelefon Shah untuk bermain kasut roda. Dia juga ingin menunjukkan telefon bimbit barunya itu. Mereka pun berjanji untuk berjumpa di taman berdekatan pada petang itu.
Setibanya di sana, Imran dan Shah tidak mahu membuang masa lagi dan terus bermain kasut beroda. Setelah sejam bermain, mereka pun menuju ke sebuah pondok untuk berehat. Imran pun mengeluarkan telefon bimbit barunya yang canggih itu.
"Shah,lihat ini!" Kata Imran dengan girang sambil menunjukkan telefon bimbitnya. "Wah! Cantiknya!" teriak Shah yang kelihatan terpegun itu. Ibu bapa Imran telah menghadiahkan telefon bimbit tersebut kerana dia telah lulus dalam peperiksaannya dengan cemerlang.
Imran pun dengan ghairahnya ingin berkongsi dengan Shah fungsi-fungsi yang ada di telefon bimbitnya. Dalam keghairahannya itu, dia tidak sedar bahawa ada seorang pemuda yang berjalan di hadapannya. Dengan tidak sengaja, dia terlanggar pemuda itu dan terjatuh.
"Aduh!" jerit Imran dalam kesakitan. Shah, yang terkejut melihat Imran di lantai terus bergegas untuk membantu. Dengan perlahan, Shah menolong Imran bangun semula. "Awak baik-baik aja?" tanya Shah yang prihatin tentang kawannya itu. "Saya tidak apa-apa. Terima kasih." jawab Imran. Imran pun meminta maaf kepada pemuda yang dilanggarnya tadi. Hairannya, pemuda itu bangun tanpa berkata-kata dan terus beredar dari situ dengan cepat.
Mereka pun beredar dari pondok itu. Pada suatu ketika, Shah ingin meminjam telefon bimbit Imran untuk menelefon ibunya bahawa dia akan pulang lewat. Imran pun meraba-raba kocek seluarnya untuk mendapatkan telefonnya. Tiba-tiba, dia panik Perasaannya mula menjadi tidak menentu. Telefon bimbitnya tidak ada di dalam koceknya. Mukanya pula bertukar menjadi pucat lesi.
Kedua-dua kawan itu cuba memerah otak. Kemudian, mereka menjerit,"Pemuda itu!" Mereka pun menoleh dan ternampak pemuda itu tidak jauh dari mereka. Denagn secepat kilat, mereka terus memecut laju dengan kasut beroda mereka ke arah pemuda berkenaan. Belum sempat mereka menangkapnya, pemuda itu terjatuh. Rupa-rupanya dia tersandung seketul batu yang dia tidak perasan. Mereka pun mengambil kesempatan itu untuk menangkapnya.
"Pakcik minta maaf. Ampunkan pakcik," rayu pemuda itu apabila melihat Imran dan Shah di hadapannya. Dengan tidak menyoal apa-apa, dia terus memulangkan telefon bimbit yang dicurinya. Imran tidak sampai hati untuk memarahi pemuda yang juga berada di dalam kesakitan itu. Mereka pun menolong pemuda itu bangun semula. Pemuda itu berasa menyesal akan tingkah lakunya.
Dikarang oleh Maziela (5ML)