Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

05 October 2010

Hari Kanak-kanak


Hai murid-murid,

Pada hari Khamis yang lalu, kamu semua telah menyambut Hari Kanak-kanak. Pada sebelah pagi, awak semua dikehendaki membuat vertical challenge. Seronok pula rasanya melihat awak semua berlari dan berebut untuk mendapat tempat 20 teratas. Tahniah kepada yang berjaya dan juga kepada yang telah berjaya menamatkan cabaran itu. Awak juga harus bangga dengan pencapaian awak itu ok!

Bahagian kedua pula, guru-guru awak telah bertungkus lumus menunjukkan bakat mereka dalam persembahan yang saya rasa paling gerek yang pernah saya lihat. Dahulu pun, guru-guru saya tidak pernah menari dan menyanyi seperti guru-guru awak. hehe!

Untuk tugasan ini, kongsilah bersama kita semua acara apakah yang paling awak suka dan mengapa?



4 comments:

Aidil said...

Saya suka kita berlari untuk memenangi sesuatu.saya mendapat nombor 6 kerana saya sangat penat.itulah saya suka pada hari itu . :)

z said...

tahniah aidil! tahun ini cuba lagi! hehe!

Dianz.. LYFESUCKS! said...

itu adalah satu gambar yang menarik dan juga kelakar

Anonymous said...

mane saye

Post a Comment