KETENANGAN di sekitar Blok 686B, Woodlands Drive 73, bertukar menjadi kelam- kabut apabila mayat seorang wanita ditemui di blok itu pagi semalam.
Namun apa yang lebih membimbangkan penduduk di blok itu ialah mayat wanita itu ditemui dalam sebuah tangki air yang membekalkan air kepada para penduduk flat dari tingkat empat hingga 15 blok tersebut.
Tangki air berbentuk bulat yang terletak di bumbung blok itu dianggarkan berukuran garis pusat 1.5 meter dan dipercayai terdapat sedikit kesan darah di dalamnya.
Menurut polis, pihaknya menerima panggilan sekitar 10 pagi semalam mengenai penemuan mayat wanita berusia 30 tahun itu.
Wanita itu dipercayai seorang warga Indonesia, berusia 30 tahun, dan bekerja sebagai pembantu rumah kepada keluarga yang tinggal di tingkat enam blok itu.
Ketika mayatnya ditemui, wanita yang berambut panjang itu memakai kemeja-T serta berseluar bermuda.
Pegawai paramedik mengesahkan kematian wanita itu sekitar 1 petang, semalam.
Seorang lelaki warga Bangladesh, berusia 27 tahun, telah pun ditangkap berkaitan kes itu.
Dia dipercayai diberkas di blok tempat kejadian itu berlaku.
Wanita Indonesia itu dipercayai merupakan temanita lelaki Bangladesh yang ditangkap itu.
Menurut seorang penduduk kawasan itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Malik, 42 tahun, beliau melihat polis menggiring seorang lelaki, yang memakai kemeja-T berkolar warna hijau dan berseluar jeans biru, di sekitar kawasan Blok 686B, Woodlands Drive 73 itu tengah hari semalam.
'Daripada apa yang saya lihat, lelaki yang digari itu cedera di kaki kirinya,' ujarnya.
Akibat kejadian itu, bekalan air ke flat dari tingkat empat hingga tingkat 15 di blok itu turut terjejas sejak 11 pagi.
Majlis Bandaran Sembawang telah memberitahu penduduk tentang bekalan air terputus menerusi notis yang diletakkan di kawasan lif dan juga dengan mengedarkannya ke setiap flat.
Tangki air tempat mayat itu dijumpai telah dikosongkan dan dibersihkan petang semalam.
Namun, sehingga 9.30 malam tadi, bekalan air masih terputus.
Menurut Majlis Bandaran Sembawang, ini kerana pihaknya perlu memastikan tangki air itu benar-benar bersih sebelum air dapat dibekalkan semula.
Sekitar 5 petang semalam, sebuah lori agensi air negara, PUB, turut dilihat membawa bekalan air dalam beg-beg plastik untuk diagihkan kepada para penduduk di blok itu.
Seorang wanita yang tinggal di blok itu, yang tidak mahu memberikan namanya, berkata beliau telah menggunakan air daripada paip rumahnya untuk memasak sekitar 8 pagi semalam.
'Saya sudah pun makan makanan yang dimasak menggunakan air dari paip. Saya tidak pasti jika air itu telah dicemari akibat kejadian yang berlaku.
'Saya risau jika ada sebarang kesan sampingan akibat minum air dari paip,' ujarnya, yang seperti penduduk lain, terpaksa mengambil air daripada paip di kolong blok.
Sepasang suami isteri yang tinggal di tingkat lima blok itu berkata, walaupun mereka menerima bekalan air, mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.
'Apabila saya cuba buka paip sebentar tadi, ada air yang mengalir. Tapi saya tidak berani gunakan air itu. Siapa tahu jika air itu sudah dicemari atau tidak,' ujarnya.
Tambah mereka, mereka lebih risaukan tentang ketiadaan bekalan air daripada kejadian pembunuhan yang berlaku itu.
'Sejauh ini, kawasan ini tenang dan aman. Yang lebih kami risaukan adalah kesan akibat minum air yang mungkin telah dicemari,' ujar seorang daripada mereka.
* Murid-murid, tuliskan pandangan anda mengenai laporan di atas.
16 comments:
sya rasa geli selepas mendengar berita tersebut. bayangkan lah awak mandi menggunai air dari tangki air yang mempunyai mayat. nasib baik saya tidak tinggal di estet woodlands. manusia zaman sekarang selalu bertindak tanpa memikirkan akibatnya. lelaki bangladesh ini bukan hanya membunyuh tetapi menyusahkan pendudk di woodlands.
Kalau saya tinggal disitu, saya akan minum sepuas-puas hati saya di sekolah dan akan membeli air botol di sekolah....saya geli sekali....apabila gambar pembantu indonesia itu disiar di suratkhabar, muka pembantu itu pun nampak macam orang yang jenis gatal! memang patut pun dia MATI DIBUNUH! kata mahu tolong keluarga tetapi datang singapura untuk menggatal...macam pembantu sayayang tak guna tu la!!! ishh...saya benci pembantu INDONESIA!!!!!!!!!!!!!!! :D
Cikgu sekarang nye zamankan banyak pembunuhan..bunuh diri sendirilah dan sebagainye..
Saya berasa geli apabila mendengar berita tersebut ..mengerikan..yelah sebab orang sudah dibunuh..di tanki air pula itu.Bayangkanlah kalau saya adalah penduduk di situ..saya tidak akan mandi dan juga minum air hingga tanki air itu bersih betul-betul dan tiada kesah darah orang yang dibunuh..
Nasib baik saya tidak tinggal di estet perumahan woodlands.Kalaulah saya yang tinggal di estet perumahan tersebut,saya pasti akan menginap di rumah saudara di tempat lain
Pandangan saya untuk laporan ini adamanusia zaman sekarang selalu bertindak tanpa memikirkan akibatnya.Saya rasa dia menyusahaklan penduduk-penduduk di kawasan itu.Saya rasa dia harus dipenjara selama-lamanya.
Ia amat menakutkan kerana rakyat yang bertinggal di blok 686B mungkin terminum air atau memasak sambil ada mayat di dalam tangki air.Kalau saya bertinggal di blok itu,mungkin saya terminum air itu tanpa sedar ada mayat di dalam tangki ier itu.
Pada pendapat saya , kelakuan kes tersebut sudah melecehkan penduduk-penduduk sekitaran woodlands , Blok 686B, Woodlands Drive 73 . Kalaulah sahaja saya tinggal di sekitaran situ , saya akan sangat marah dengan lelaki Bangladesh itu kerana sudah menyusahkan dan membuat persekitaran itu tidak tenteram . Saya berharap air di dalam tank itu dapat dibersihkan segera dan kes ini dapat selesai .
Pekara itu sungguh berbahaya kerana air itu boleh meracuni orang yang telah meminum air itu.Seorang yang tinggal di estet itu sangat bimbang kerana diaq telah membuat sup menguna air itu......
saya rasa kesihan pada perempuan yang di bunuh itu.saya pun kalau tinggal di sana saya tidak akan minum air yang di sana kerana ada darah.ewww!!!tetapi kesihan pula orang yang tinggal di Woodlands mesti mereka takut untuk meminum air.kesihan...
Kalau saya tinggal di estet perumahan Woodlands, saya akan berasa bimbang kerana tidak tahu bila pembunuhan dilakukan dan tanki air akan dicemari dengan darah
Saya rasa kesian untuk perempuan itu dan untu lelaki bangladesh itu sepatutnya mati juga dan dirotan oleh polis untuk membunuh wanita yang mati itu.Lelaki itu pun boleh digantung untuk kes itu XD
saya tidak tahu apa hendak komen.jika saya,saya tidak akan menggambil seorang pembantu rumah untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku kepada saya.saya tidak mahu bertanggung jawab.
saya rasa sedih selepas mendengar pembunuh itu membunuh perempuan yang tidak membuat apa-apa yang bersalah.saya agak polis boleh menangkap pembunuh itu dan rotan dia dan penjara dia untuk lima pulu tahun.saya benci kalau dia membunuh kawan saya.X(
Pada pendapat saya , kes ini telah menyusahkan ramai penduduk-penduduk di blk 686B , Woddlands Drive 73 . Saya rasa bahawa lelaki Bangladesh itu sepatutnya dihukum mati kerana membunuh pembantu rumah itu . Kelakuan lelaki itu telah betul-betul menyusahkan pendukduk-penduduk di situ .
saya berharap agar penduduk di sana tidak dapat penyakit kerana kalau siapa yang memakai air itu untuk mandi dan masak, saya takut yang mereka dapat penyakit. saya berasa nasib baik kerana kejadian itu tidak berlaku di kawasan chai chee drive
Nasib baik saya tidak tinggal di Woodlands Drive 6.Kalau saya tinggal di situ saya rasa benci kepada pembantu itu
Post a Comment