Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

05 January 2011

Selamat Kembali ke Sekolah

Hai murid-murid ku,

Harap masih belum terlambat untuk cikgu mengucapkan Selamat Tahun Baru. Apakah azam awak tahun ini? Cikgu pula berazam untuk menjadi guru yang lebih baik daripada tahun yang sudah. Diam tak diam, sudah setahun kita bersama. Rindu pula semasa cuti Disember yang lalu. Haha. Bagaimana awak menghabiskan masa cuti awak? Kongsilah bersama.

Haiz....masa berlalu begitu pantas sekali bukan? 2011 adalah tahun yang besar kerana awak semua akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Inilah waktu yang genting bagi awak membuat persiapan. Awak semua memiliki akal untuk berfikir. Jadi,gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan mensia-siakan lagi masa awak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tumpukan pelajaran dengan sepenuhnya supaya awak akan berasa senang di kemudian hari. Itu sahaja harapan saya.

Semoga kita dapat melayari tahun 2011 ini dengan tekun dan tabah. Senyum-senyum selalu!

Cikgu Z

15 comments:

Muzakkir said...

cuti december itu ialah seronok sekali.cikgu pernah berasa gembira?saya berasa sedikit gembira kerana saya tidak pergi ke malaysia atau kemana-mana.saya pergi ke kolam berenag sekali 5 atau 7 kali.itulah saya berasa gembira.

haikal said...

target saya ialah mendapat 200 ke atas.ibu bapa saya menyuruh saya mendap at 200 ke atas

Nur Qamariah said...

Hai Cikgu!Azam saya ialah PSLE saya akan berjaya!Supaya saya boleh masuk ke menengah.Saya harus bekerja kuat untuk berjaya PSLE saya!!Assalamualaikum.

maziela said...

azam saya ialah untuk lulus peperiksaan saya dengan cemerlang.dan selamat tahun baru...

Ain Naseeha said...

Saya berazam untuk lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah(PSLE) dan membuat ibubapa saya bangga terhadap markah PSLE saya pada tahun yang penting ini....

Syafiq said...

Azam saya dalam tahun ini adalah untuk mendapat markah yang tertinggi dalam Singapura untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Azfar said...

Azam saya tahun ini adalah belajar bersungguh untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan masuk sekolah menengah yang bagus.

Asha Nurdiana said...

Saya nak dapatkan markah yang cemerlang untuk PSLE seperti 236 ke atas..

lovely said...

hiiiiiiiiiiiiiii!!!!! cikgu azam saya untuk kerja keras untuk PSLE.....cikgu saya pun rindu cikgu,betul,betul cikgu masa berlalu dengan pantas .Haiz...........kalau PSLE dah habis kita tidak boleh jumpa kawan-kawan dan cikgu saya

HANEYY SOFEAA,, !! said...

saya mahu mendapat A* untuk bahasa melayu saya kerana melayu adalah bahasa kita! dan saya mahu mendapat 220

shafiee said...

azam saya adalah menjadi murid yang baik dan bagus.Azam saya pun untuk menjadi anak yang rajin dan tak tinggal sembahyang.Semasa cuti sekolah saya pergi ke kl lepas itu ke sunway lagoon.Best tempat die besar dan makannan dia pun sedap lepas itu bila dah penat saya tidur di kereta dan bapak saya bawa keluarga ke rumah sedara saya di batu pahat tempat kampung.Lepas itu sya dan sedara saya pergi ke mall untuk makan, kite orang semua dah lapar dan makan di kedai mall.Dah balik ke kampung kita semua tidur.Esok pagi kita jalan di kampung itu dan saya naik motor.Abang saya duduk belakang saya duduk depan sebetulnye saya yang menunggang itu motor abang saya suruh saya menunggang abeh saya pun menunggang ahh.Saya bawa laju itu lah abeh kita balik itu lah pengalaman saya ke kl dan batu pahat cikgu boleh tengok di facebook

nurshazulfiza said...

saya juga mahu mengucapkan selamat tahun baru kepada teman-teman saya dan cikgu zahidah.saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh!saya mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang!saya bercuti di singapura sahaja.macam mana nk pegi luar negeri kalau tidak ada pasport.haha.ya,2011 ialah tahun yang besar untuk saya saya akan ada psle.saya harus belajar bersungguh-sungguh!saya tidak mahu berada di sekolah ini tahun depan.nanti sama level dengan adik saya.

Syafiqah said...

Azam saya adalah menjadi budak yang cemerlang.....Selamat Tahun Baru<3

Sarah said...

Azam saya ialah mendapat 251 ke atas untuk PLSE dan membuat keluarga saya bangga terhadap saya..saya harap tahun ini akan menjadi tahun yang paling seronok dan akan menukar hidup saya ke lebih berdisipline dan positif..:)

Anonymous said...

azam saya pula saya mahu lulus psle saya kerana saya mahu masuk menengah satu. saya nak jadi fashion stylist. nanti saya lulus saya style kan baju cikgu eh.

Post a Comment