Seorang bayi baru lahir yang dikubur hidup-hidup menghebohkan penduduk di blok Eunos Crescent, Singapura. Awalnya, Tay Kim, seorang pesara 60 tahun, sayup-sayup mendengar tangisan mirip suara kucing. Penasaran ia pun langsung mencari sumber suara tersebut.
Suara tangisan ternyata berasal dari dalam tanah, di sebuah taman di blok 31A. Curiga ia pun menggali tanah tersebut. Di dalam lubang yang tidak dalam itu seorang bayi lelaki yang baru lahir berlumur lumpur. Yang menyedihkan lagi, lehernya dililit tali dari kantong plastik sampah. Selain mulutnya penuh lumpur dan daun-daun kering, tali pusat bayi malang itu juga masih utuh. Seperti dilaporkan bayi tersebut langsung dibawa ke rumah sakit. Kondisinya sekarang dilaporkan stabil. Kes ini masih diselidiki polis.
Setelah membaca keratan di atas, apakah pendapat kamu mengenai kejadian ini? Berkongsilah perasaan kamu mengenai remaja zaman sekarang dan bagaimana kita boleh mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegini daripada berleluasa di kalangan masyarakat kita. Tuliskan sekurang kurangnya dua perenggan.
Salam manis,
Cikgu Z
19 comments:
saya rasa kasihan kepada bayi tersebut. tidak saya sangka seorang manusia tergamak buat demikian. dia harus dihukum. sampai hati betul.
saya rasa remaja sekarang harus berhenti membuat perhubungan seks untuk mengelakkan kes mengandung lagi jadi tiada nyawa yang di seksa. nyawa adalah sunnguh berharga.
Dengan jujur saya mengatakan bahawa remaja-remaja sekarang semuanya 'BODOH-BODOH' belaka kerana Mak&Bapak mereka tidak ajar.
Mereka tidak memikirkan akibat sebelum membuat sesuatu.
-Mr.Graffiti-
Saya rasa kasihan terhadap bayi itu. Remaja-remaja sekarang tidak membuat kerja yang tidak patut dibuat. Meraka harus memikirkan dengan akibatnya yang mereka akan hadapi.
Remaja zaman sekarang bodoh.Mereka ingin kahwin cepat tetapi tidak bersedia dengan risiko yang akan mereka hadapi.
Mereka sepatutnya berfikir dahulu sebelum membuat kerja-kerja yang tak berfaedah.Mungkin dengan berfikir boleh mengelakkan peristiwa sebegini.
saya rasa kesihan untuk bayi itu kerana dia masih kecil dan dia tidak tahu apa-apa. nasib ada lelaki itu kerana bayi itu boleh mati .saya berharap yang bayi itu baik-baik sahaja dan orang yang tanam bayi itu harusnya di hukum .Saya harap kejadian ini tidak akan laku lagi
Saya rasa orang yang menanam bayi itu memang tiada hati dan perasaan langsung.Walaupun bayi itu masih kecil dan tidak tahu apa yang sedang berlaku,saya rasa dia pun layak menjalankan kehidupan yang tuhan sudah memberikannya itu.Tuhan menciptakan sesuatu bukan kerana untuk sia-sia sahaja tetapi ada tujuanNya yang tertentu.Saya berasa kasihan sekali terhadap bayi itu.Mujurlah bayi itu masih hidup.
ibu saya menangis setelah melihat dan membaca petikan ini di suratkhabar. saya akan membunuh ibu kepada bayi itu kalau saya jumpanya!! ibu itu tidak akan menjejakkan kakinya ke dalam SYURGA! tetapi NERAKA! aku benci orang seperti ini.
saya bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan perkara seperti ini. saya akan mengecewakan ibu bapaku dan juga memalukan mereka.Saya rasa ibu kepada bayi itu tidak ada harga diri!!! saya sumpah ibunya mati esok kena langgar lori balak!!!!!!! saya sedih dan gerammm sekali!!!!!
Saya rasa kasihan untuk bayi itu . Saya tidak sangka seseorang itu berani membuat demikian . Dan apa kesalahan bayi itu ? Sedangkan bayi itu cuma hendak hidup sepeti orang lain . Tidak sepatut mereka membuat sedemikian . Sesiapa yang membuat sedemikian harus dihukum kerana menanam bayi yang tidak bersalah . Orang seperti ini pasti akan menyesal di akhr hayat . .
Pada pendapat saya,orang yang menanam bayi itu tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi Tuhan.Dia menanam bayi yang tidak berdosa itu tanpa memikir apa akibatnya.Dia juga tidak memikir bertanpa dosa yang dia akan dapat.Syukur Alhamdulilah bayi itu selamat dilindung oleh Tuhan yang maha kuasa.
Pendapat saya , Ibu Bapanya tidak pikir sebelum melakukan sesuatu yang bodoh ! Mereka tidak sepatutnya buat begini dan saya harap ibu bapanya mendapat balasan !
Kita harus menjaga bayi dengan baik dan Kalau sahaja saya jumpa bayi itu conform say happy giler atlast ada juga adik baru ! hehe ..
Kalau kejadian ini berlaku lagi polis harus mencari ibu bapa bayi ini dan menghukum mereka ! ;)
Ini pendapat sayalaa..budak-budak remaja sekarang 'tak senonoh'..maksud saya mereka membuat maksiat..mendapat bayi dan berasa kesal hingga tidak menghiraukan tentang bayi itu.Cikgu fahamlah apa yang saya hendak cakap..Saya berasa kasihan terhadap bayi itu kerana dihumban begitu..nasib baik masih hidup...saya harap remaja yang melakukan ini patut dihukum..itu jelah
Saya rasa kasihan kepada bayi itu kerana remaja-remaja sekarang tidak membuat apa yang diperluhi oleh bayi itu.
Pada pendapat saya,ibu dan bapanya mungkin umur 16 atau ke atas kerana zaman sekarang remaja-remaja sering kahwin pada umur 17 dan 18.Saya rasa ibu bapanya tidak mahu seorang bayi kerana mereka tidak tahu menjaga dia.Saya betul-betul rasa kasihan kepada bayi itu.Saya rasa ibubapanya tidak sepatutnya membua perbuatan seperti itu.Mereka boleh membuat perbuatan itu dengan sebab yang baik atau tidak baik.Ibunya melahirkan anak itu dan selepas itu tanamnya di bawah tanah.Saya tidak pasti jika ibubapanya tanam bayi itu atau tidak.Ini sahaja pendapat saya.
Saya rasa kesihan untuk bayi itu dan kita harus membuat sesuatu seperti:Menangkap ibubapa nya.Kita boleh menghalang kejadian ini.
kasihan betul bayi itu nasib baik kondisinya stabil saya tidak sangka ibu membuang anaknya dan menanam anaknya dan saya harap ada orang yang baik hati dan mengambil bayi itu sebagai anak angkat
Saya berasa kasihan terhadap bayi itu.orang yang telah menguburkan bayi itu sungguh tidak bertanggungjawab.bayi itu juga perlu hidup.orang pun bernasib baik kerana bayi itu masih hidup.jika tidak,dia pasti akan dihukaum mati.
remaja zaman sekarang selalu tidak berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu.mereka tidak berfikir apa yang akan terjadi kepada bayi tersebut.untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa ini,kita harus befikir sebelum membuat sesuatu.janganlah kita seperti menghitung bulu kambing.
saya rasa kejadian ini sedih atau teruk kerana dia masih kecil dan dia tidak tahu apa-apa.kita harus membuat sesuatu seperti:ibu dan bapanya mesti dibawa ke penjara.kita boleh simpan sebagai histori yang paling popular!
Setelah membaca keratan di atas,saya merasa sedih dan kasihan terhadap bayi itu..
Saya tidak menyangka,seorang ibu boleh membuat anaknya seperti itu... Walaupun ibunya terpaksa harus menigalkan anaknya,dia tidak patut membunuh bayi itu hidup-hidup... Kenapa dia tidak membawa anaknaya ke rumah anak yatim atau memberinya kepada siapa-siapa??
susah jugak,tapi kita harus berusaha untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegini... Cuma satu perkara sahaja kita boleh buat berfikir sebelum buat...
saya cuma ingin mereka berubah dan bertaubat...
Post a Comment