Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

28 June 2010

Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa.....

Salam sejahtera murid-murid ku,

Tidak lama lagi, Bulan Bahasa akan bermula. Seperti yang diketahui, Bulan Bahasa ini diadakan untuk menggalakkan masyarakat Melayu bagi meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu dan menikmati betapa indahnya bahasa ibunda kita.

Sempena Bulan Bahasa 2010, sekolah kita juga tidak akan ketinggalan. Pelbagai kegiatan yang menarik telah disediakan oleh guru-guru jabatan melayu untuk para pelajar. Nantikan sahaja ok! Cikgu juga telah melantik Fiza sebagai salah satu Duta Bahasa Melayu. Oleh itu, awak memainkan peranan penting bagi menggalakkan kawan-kawan sekeliling awak mencintai bahasa melayu. Hehehe.


Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

align="left">
Cikgu Z
Di ruang komen pula, setelah berbincang dengan rakan awak, cuba nyatakan.......
1. Adakah awak suka atau tidak suka dengan Bahasa Melayu? Mengapa?
2. Adakah awak selalu bertutur dalam Bahasa Melayu? Jika tidak, adakah awak malu bertutur dalam Bahasa Melayu?
3. Pada pendapat awak, mengapa Bahasa Melayu itu penting?

17 comments:

$ITI H@ID@AH ! said...

saya suka sangat melayu kerana ia senang dan ia penting untuk agama kita ini. saya selalu bertutur bahasa melayu di rumah sekolah dan di mana saja tetapi kalau dengan orang yang bukan agama kita saya bercakap bahasa inggeris dengan mereka.

Nur Qamariah said...

Saya suka Melayu!!Saya kadang-kadang bercakap melayu dan kadang-kadang Inggeris.Melayu penting kerana kalau tidak ade melayu kita agaknya berguna bahasa apa?

Amirul said...

Saya suka Bahasa Melayu kerana penting untuk kita.Saya selalu bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah,sekolah and di mana saja.Bahasa Melayu penting kerana senang untuk kita.

lovely said...

saya sangat suka melayu kerana melayu sangat gerek!!!saya selalu mengcakap melayu di rumah.kalau kita orang melayu kita harus mengcakap melayu

maziela said...

saya suka melayu kerana melayu penting untuk saya.kalau tidak ada melayu nanti nak cakap ape?

Farhanah Maslan said...

saya suka bahasa melayu kerana ia mengajar saya berlatih untuk bercakap bahasa baku!!! dan cikgu yang mengaja saya itu sungguh lucu!!!! CIKGU ZAHIDAH GEREK!!!!!!

Aidil said...

Saya suka melayu!!saya cakap melayu dan kadang-kadang Inggeris.Melayu penting kerana kalau tidak ade melayu kita agaknya berguna bahasa apa?

BOI FUNKY said...

Saya suka melayu kerana banyak benda belajar yang sayak suka
macam peribahasa kalau kita tdak belajar melayu, macam mana nak lulus belajar

HANEYY SOFEAA,, !! said...

melayu adalah emas untuk orang yang berbangsa melayu kalau kita tidak tahu melayu macam mana kita nak pergi ke malaysia Indonesia??? jadi perkara terakhir saya mahu cakap adalah SAYA SUKA MELAYU HOORAY!!!!!!!!!

Nurshazul Fiza Bte Zulkeplee said...

saya suka melayu!lebih-lebih lagi karangan.jika saya bosan di rumah,saya akan membuat karangan.

frankyUdin@hotmail.com said...

Melayu ada perkataan yang menarik ,itu yang buat saya suka.Kalau kita belajar melayu,kita senang berkomunikasi dengan yang lain............

shafiee said...

saya suka melayu.Saya cakap melayu selalu dan kadang kala saya cakap inggeris.Bahasa melayu itu penting kerana kita adalah rakyat melayu dan kita harus mempelajari lebih dalam lagi

dhiyaa said...

saya suka bahasa MELAYU kerana ia gerek dan ia penting kepada orang-orang melayu

Muzakkir said...

saya suka melayu kerana melayu amat penting untuk saya.kalau tidak ada bahasa melayu,kami hendak mencakap apa?

syazwan bin sazali said...

Saya sukabahasa melayu kerana ia penting untukorang melayu sebab bagi kita cakap melayu.Di mana-mana saya cakap bahasa melayu.

Hannah said...

Saya tidak suka kerana saya tidak faham bahasa melayu

gLaMoLiOuS LoVeSyOuh! said...

Saya ingin mengucapkan terima kasih Cikgu Zahidah kerana menolong saya dalam \Bahasa Melayu/Saya ingin meminta maaf kalau saya selalu bagi Cikgu Z \MaraH/

Post a Comment