Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

25 May 2010

Sentosa Syiok!




A'kum murid-murid,

Saya pasti awak semua ternanti-nanti gambar yang dipetik semasa Learning Journey ke Sentosa bukan? Terutama sekali Aidil...hehe. Lihatlah sepuas-puasnya. Saya harap banyak perkara yang telah awak pelajari semasa di sana. Walaupun dengan cuaca yang panas terik dan peluh yang tidak henti-henti, keseronokannya tetap dirasai. Berkongsilah pengalaman kamu dan berikan satu perkara yang kamu suka atau tidak suka tentang Learning Journey ke Sentosa.
Salam sejahtera murid-murid,


Peperiksaan baru berakhir dan di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan syabas kepada murid-murid yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, jangan cepat putus asa. Gunakanlah cuti penggal ini untuk mengulangkaji. Jangan asyik ingat nak enjoy je k!

Pada jurnal kali ini, cikgu ingin kamu tuliskan perasaan kamu mengenai keputusan peperiksaan dan bagaimanakah kamu ingin mempertingkatkan lagi dalam mata pelajaran tersebut. Cuba gunakan bahasa yang baik dalam entri awak ini.

24 March 2010

Jom Berpuisi

Salam sejahtera murid-murid sekalian,

Seperti mana yang telah dibincangkan bersama, kita akan mengadakan pembentangan puisi melayu pada hari Rabu hadapan. Murid-murid dikehendaki memilih hanya SATU sahaja jenis puisi (sajak, syair atau pantun) untuk dipersembahkan secara bersendirian ataupun berkumpulan. Tidak perlu berpandukan buku teks sahaja. Gunakan bahan-bahan lain seperti internet, suratkhabar, majalah dan sebagainya. Kreatif dan style mesti ada k! Pemenang akan dipilih melalui undian. Buat persediaan betul-betul ya. Saya tahu semua ada bakat terpendam. Jangan simpan sahaja. Hehe.

Berikut, saya letakkan beberapa video sebagai rujukan.



http://emedia.edumall.sg/cos/o.x?c=/emedia/eaudio&uid=141&ptid=581&func=prop2&id=6531

22 March 2010

Mari Bersyair

Ini dia rakan-rakan awak yang telah menunjukkan bakat mereka melagukan syair. Pada pendapat awak, siapakah di antara mereka yang memiliki SUARA EMAS?? Sebenarnya kalau ikutkan hati cikgu....semua FAIL! Hahaha! Lagunya semua lari seh...ada yang masih malu-malu kucing pula. Tetapi tidak mengapa, suatu percubaan yang berani. Jika ada kesempatan, kita akan adakan suatu pertandingan bersyair: Lelaki vs Perempuan. Amacamz?! heeee. Ada hadiah menanti anda.....

Jurnal: Cuti Sekolah Bulan Mac

Hai murid-murid yang tersayang, bagaimana dengan cuti awak semua? Saya dengar ada yang pergi ke luar negeri untuk bercuti. Mesti seronok bukan? Yang lain, saya pasti awak semua sibuk dan rajin menyelesaikan kerja sekolah. hehehehe. Walaupun cutinya singkat, cikgu telah berkesempatan bermalam/tenting bersama kawan-kawan saya di Pasir Ris Park. Brrrrr...seronok sekali dapat melakukan berbagai aktiviti seperti berbasikal, memancing ikan, berkaraoke, menonton wayang dan barbekiu beramai-ramai tetapi ada suatu masa tu,keadaan menjadi kecoh apabila hujan turun selebat-lebatnya sedang kita sibuk berbabekiu. Waaah, kelam-kabut semua lari mencari tempat teduh. Habis semua makanan basah. Tetapi itu semua tidak menghalang kami untuk berseronok. Cuti awak pula bagaimana? Ceritakanlah pengalaman kamu melalui ruang comment.

Pssst....Saya harap awak semua telah berehat sepuas-puasnya kerana penggal 2 ini akan menyediakan awak untuk peperiksaan SA2.

Insan Tersayang

Pada minggu ke 5, murid-murid telah mengarang sebuah cerita mengenai Insan Tersayang. Sebagai aktiviti pra-menulis, mereka telah menonton sedutan dari filem Papadom yang mengisahkan tentang seorang bapa tunggal yang terlalu sayangkan anak perempuannya, sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak hidup berjauhan dari anak kesayangannya itu. Di akhir pengajaran, guru juga sempat berkongsi sebuah video mengenai insan yang beliau sayang.




Beberapa buah karangan telah terpilih dan dikumpulkan dalam ruangan Pena Emas untuk murid baca dan berikan komen.

21 March 2010

Berlalunya Penggal 1, Bermulanya Penggal 2

Setelah 10 minggu, kita akhirkan penggal 1 ini dengan kesyukuran. Cikgu berharap semua pelajar cikgu telah beroleh banyak ilmu dan pengalaman dalam pembelajaran bahasa Melayu di ECPS. Keputusan ujian diagnostik juga telah kamu terima. Dengan itu, Cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada beberapa orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan sejauh ini: Farhana, Fiza, Hammi dan Syafiee kerana memperolehi Gred A. Tidak lupa juga kepada Hannah. Walaupun tidak beberapa fasih dalam bahasa Melayu, tetapi dengan usaha yang gigih, Alhamdulillah kamu lulus. Tahniah dan teruskan dengan usaha ini. Kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. Berikan tumpuan dan fokus yang lebih. Masih ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan kamu. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Jangan banyak main-main k!


Sehingga kita bertemu lagi di lain masa dalam ruang siber ini.

Salam sayang, Cikgu Z :))