Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

28 June 2010

Penggal 3

Salam murid-murid,

Selamat kembali ke sekolah. Sudah puas awak berehat? Masa berlalu begitu cepat bukan? Saya rasa cuti saya begitu pendek sekali. Saya hanya sempat bercuti ke Bintan sahaja. Sebab itu kalau awak lihat kulit saya sudah gelap sedikit gara-gara berjemur di panas terlalu lama. Hahaha. Pengalaman yang tidak akan saya lupakan ialah saat menyaksikan tahi bintang atau lebih dikenali sebagai "Shooting Star" buat kali pertama. Kejadian itu sungguh indah dah menakjubkan membuatkan saya menjerit kerana terlalu gembira. Di sana juga, saya dan rakan-rakan mencuba pelbagai aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Singapura. Secara keseluruhannya memang serononk lah! Syiok sekali! Jika ada peluang, saya tidak akan teragak-agak untuk kembali ke sana lagi.

Sekarang pula demam piala dunia sedang berlangsung. Saya pun tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menonton pasukan bola kegemaran saya, iaitu Argentina dan Spain. Hehehe. Jangan main-main, cikgu pun minat bola tau!

Bagaimana dengan awak pula?

Cikgu harap,penggal baru ini memberikan awak semangat yang baru untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

Salam manis,
Cikgu Z

12 comments:

Nur Qamariah said...

Saya pun minat bola.Kumpulan bola saya ialah England,Portugal.Saya memang tak puas dengan cuti sekolah kerana saya tidak pergi kemana-mana macam kolam renang,luar negeri sedih saya kerana rumah saya renovate.

lovely said...

salam cikgu,

cuti saya tidak sangat menarik,cuti saya tidak seronok kerana saya tidak men jumpa semua kawan-kawan saya.Cuti ini saya tidak pergi ke luar negeri ,tapi saya tidak sangat sedih kerana saya boleh pergi jala-jalan dengan kawan terdekat saya.saya paling suka apabilah saya pergi ke rumah nenek saya kera na saya dapat bermain kolam di sana :D

$ITI H@ID@AH ! said...

saya juga minat bola.kumpulan kegemaran saya ialah brazil dan portugal!wow cik gu best nya dapat melihat shooting star saya tidak pernah lihat shooting star saya harap saya dapat melihatnya.. pada percutian saya, saya ke indonesia dan saya sangat gembira sekali di sana tidak pening hehehe...

Farhanah Maslan said...

Cuti sekolah saya tidak begitu 'GEREK' tetapi saya berpuashati kerana saya dapat pergi ke 'PERTH,WESTERN AUSTRALIA'!!!! Saya mempelajari banyak informasi tentang 'PERTH'... Saya juga melawati sekolah 'Rostrata Primary'... Saya mempelajari banyak infomasi!!!! Selamat Tinggal Cikgu Z!!!!

shafiee said...

sayapun minat bola.Kumpulan kegemaran saya ialah Chelsea dan brazil.percutian saya gerek kerana sekolah membawa saya dan rakan-rakan pergi ke Australia kawasan Perth.Seronok sekali,cuacanya di sana sejuk sekali dan saya dapat pergi ke sekolahnya di Rostrata primary school. Saya dapat mempelajari banyak informasi di sekolanya.SELAMAT tinggal cikgu..........

frankyUdin@hotmail.com said...

Saya pun demam piala dunia.Saya suka pasukan Argentina dan sekarang teman sejati saya,Daniel,menerima saya untuk memasuki kumpulan bola sepak mereka yang bernama 'Falcon Juniors'.Saya sedang berlatih untuk sepaktakraw juga.Akhir tahun ini,saya akan bermain untuk Kaki Bukit CSC.

maziela said...

cuti saya tidak sangat seronok kerana saya harus di rumah menjaga ibu saya yg sakit dan saya tidak boleh menjuma kawan2 saya

Anonymous said...

cuti saya tidak begitu seronok.saya hanya pergi memancing pada hari sabtu,26 jun,dan ahad,27 jun.saya berasa tidak seronok kerana di rumah bosan.pada saya,di sekolah lagi seronok!

Haikal said...

Cuti saya sungguh seronok kerana saya pergi Australia.
Saya pun minat bola.kalau sekolah kita ada bola mesti seronok
world cup agak saya argentina boleh menang

z said...

Sungguh seronok membaca tentang percutian awak semua. Lebih-lebih lagi yang telah berpeluang ke Perth. Cemburu betul saya tau! Yang tidak ke mana-mana jangan sedih-sedih. Memang betul kata awak. Sekolah lagi gerek. hehe.

indiependant said...

cuti sekolah saya seronok bagi saya kerana saya dapat keluar bersama keluarga saya

Muzakkir said...

cuti sekolah saya seronok bagi saya kerana saya dapat banyak sekali keluar dengan keluarga saya.

Post a Comment