Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

06 July 2010

Cerita Rakyat (Folklore)

Wahai murid-murid ku sekalian,

Pada entri yang lalu, kamu telah menyaksikan sedutan animasi daripada cerita Bawang Putih Bawang Merah. Tahukah kamu bahawa Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama yang terkenal di kalangan masyarakat melayu kita?

Ia mengisahkan tentang Bawang Putih yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah". Namun akhirnya Bawang Putih berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.

Bagi tugasan kali ini pula, cuba berikan cerita-cerita rakyat yang lain yang pernah kamu dengar atau baca. Kemudian,tuliskan pandangan awak mengenai cerita tersebut. Jika awak tidak tahu apa itu cerita rakyat, awak boleh pergi ke lelaman wiki
atau google untuk maklumat lebih lanjut.

Cg Z

9 comments:

$ITI H@ID@AH ! said...

saya pernah melihat tentang cerita batu belah batu bertangkup di youtube.saya sangat sedih dengan ceritanya sekali,saya sangat takut kalau sahaja kejadian di dalam cerita itu menjadi kepada saya ....takutnyer....

Farhanah Maslan said...

Saya cuma tahu satu sahaja ia itu 'Singapura Dilanggar Todak' cerita nya tidak berapa sedih tetapi saya mempelajari bahawa Raja Singapura memerah otak untuk henti kan bagai mana todak itu tidak boleh mendekati orang-orang kampung dahulu....

z said...

2 orang sahaja? murid-murid yang lain mana komen awak? Jangan buat benda lain ya!

Nur Qamariah said...

Saya ceritakan pasal di Langkawi.Ada satu wanita sedang mengandung dan sudah berkahwin.Seorang lelaki itu ialah kawan wanita itu.Raja itu pun nampak mereka berdua dan raja itu pun ingat mereka sedang membuat seks.Raja pun hendak membunuh mereka."Kalau darahku merah aku bersalah tapi darahku putih aku tidak bersalah" kata wanita itu.Tiba-tiba darahnya putih jadi dia tidak bersalah.Kasihan!

$ITI H@ID@AH ! said...

Heheheehe....

lovely said...

saya cuma tahu Puteri Gunug ledang ,saya sangat suka cerita lain juga cuma saya suka cerita puteri gung ladang .saya berharap cikgu akan ajak kami ke perpustakaan untuk pinjam buku yang lain.

Muzakkir said...

Saya cuma tahu Bawang Putih ialah baik dan Bawang Merah ialah jahat.

syazwan sazali said...

Bawang putih ialah orang yang baik dan bawang merah ialah orang jahat.

indiependant said...

saya pernah melihat cerita si tanggang ia sedih hingga saya mahu menangis

Post a Comment