Lelaman ini dicipta khas untuk para pelajar P5/P6 untuk mereka berkongsi pandangan, karangan, jurnal dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 2010/2011. Dengan adanya blog ini, semoga dapat meningkatkan lagi mutu dan minat khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu.

22 July 2010

Sambutan Hari Keharmonian Kaum




TANGGAL 21 Julai memang istimewa buat para pelajar sekolah Singapura. Pada hari itu mereka digalakkan berpakaian etnik kaum lain. Pelajar Melayu akan berpakaian tradisional Cina atau India dan begitulah sebaliknya bagi kaum Cina dan India.

Hari istimewa ini merupakan Hari Keharmonian Kaum (Racial Harmony Day). Sambutan besar-besaran akan dianjurkan di setiap sekolah demi memperingati dan menghargai betapa pentingnya memupuk dan mengekalkan keharmonian antara kaum di kalangan rakyat.

Tarikh 21 Julai dipilih kerana pada 21 Julai 1964 tercetus rusuhan kaum yang me ngerikan, yang menggugat keamanan negara Singapura.

Pada program yang dinamakan Kampung Olympics, para pelajar diperkenalkan kepada pelbagai permainan tradisional pelbagai kaum. Seronok bermain lereng?

Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan mengukuhkan keharmonian kaum di sekolah-sekolah dan memperkenalkan budaya melalui permainan tradisional kaum masing-masing.

14 comments:

nur qamariah (hotmail.com) said...

Okaylah tapi kita harus bekerja sama supaya kelas saya menang lainkali.

HANEYY SOFEAA,, !! said...

saya mahu permainan main lereng lagi lain kali pilihlah saya!!!!! saya dahulu juara tau!okay bye!

$ITI H@ID@AH ! said...

boleh la saya suka sedikit shaja kerana susah cikgu...tapi tetap best!

Amirul said...

Bolehlah.Saya dan kawan-kawannya harus bekerjasama supaya menang.

lovely said...

boleh lah tetapi susah sikit . saya pun sangat sedih apabila kala cuma permainan itu sangat gerek

sexystar said...

hi cikgu racial harmony day ioni penting untuk kita. kita harus tahu apa bangsa kita.

Aidil said...

Saya rasa sangat gembira kerana dapat bermain dan memakai baju kurung bersama kawan-kawan saya.Kita pun dapat mempelajari bagai mana mahu bermain bersama kawan kawan yang lain!

Muhammad Waliy said...

Harap-harap Lain Tahun Ada Permainan Lereng Lagi Tapi Waliy Taknak Masuk Kerana Saya Tidak Tahu Timbang

Haikal said...

Paling banyak punya muke,Aidil Aidil suka mengambil gambar

Muzakkir said...

Boleh.Saya suka baju keharmonian.Ia sungguh syiok sekali.Saya tidak boleh sabar untuk tunggu sekali.

indiependent said...

saya mahu main bermain permainan lereng lagi

Farhanah Maslan said...

Hello Cikgu Z:D Saya sebenarnya tidak tahu bermain permainan lereng itu..Saya cyuma tahu main sedikit permainan tradisional melayu !!

syazwan sazali said...

Hi saya gembira kerana saya suka raciol
harmony day.Lain tahun saya akan masuk permain tradisional melayu

Hannah said...

Saya rasa kelas kita akan benang:D

Post a Comment